Monday 16 July 2012

Nota Mikroekonomi - Bab 3 ( KeanjalanPermintaan Dan Penawaran )

KEANJALAN PERMINTAAN


- Definisi

  • Keanjalan permintaan adalah mengukur peratus perubahan dalam kuantiti sesuatu barang yang diminta akibat daripada perubahan dalam harga barang itu sendiri, harga barang lain dan perubahan dalam pendapatan.
KEANJALAN PERMINTAAN HARGA

- Definisi 
  • Mengukur peratus perubahan dalam kuantiti sesuatu barang yang diminta akibat daripada perubahan harga barang itu sendiri.
- Formula 



- Jenis Keanjalan Permintaan Harga
  • 1 < Ed < infiniti  = anjal 
  • 0 < Ed < 1        = tak anjal 
  • Ed = 1              = anjal satu
  • Ed = 0              = tak anjal sempurna
  • Ed = infiniti       = anjal sempurna
- Jenis Keluk







- Faktor Yang Mempengaruhi Keanjalan Permintaan Harga
  • Barang pengganti 
  • Bilangan kegunaan
  • Jangka masa 
  • Jenis barang 
KEANJALAN PERMINTAAN SILANG

- Definisi 
  • Mengukur peratus perubahan dalam kuantiti sesuatu barang yang diminta akibat daripada perubahan dalam peratus perubahan dalam harga barang lain.
- Formula
  • Perubahan kuantiti barang X / Perubahan dalam harga Y
- Konsep Keanjalan Pemintaan Silang
  • Sifar - Neutral 
  • Negatif - Penggenap 
  • Positif - Pengganti 
  • Positif tinggi - Pengganti hampir 
  • Positif rendah - Pengganti kurang hampir
KEANJALAN PERMINTAAN PENDAPATAN 

- Definisi
  • Mengukur peratus perubahan dalam kuantiti sesuatu barang yang diminta akibat daripada perubahan dalam pendapatan pengguna 
- Formula
  • Perubahan dalam kuantiti diminta / Perubahan dalam pendapatan pengguna
- Konsep Keanjalan Permintaan Pendapatan
  • Ed = 0 - Barang mesti
  • 0 < Ed < 1 - Barang normal
  • Ed > 1 - Barang mewah
  • Ed < 0 - Barang bawahan 
KEANJALAN PENAWARAN 

- Definsi
  • Mengukur peratus perubahan kuantiti sesuatu barang yang ditawarkan akibat daripada perubahan dalam harga barang itu sendiri.

- Formula 
  • Perubahan kuantiti barang yang ditawarkan / perubahan dalam harga barang itu
- Jenis Keanjalan Penawaran
  • 1 < Ed < infiniti - anjal 
  • 0 < Ed < 1 - tak anjal 
  • Ed = 1 - anjal satu 
  • Ed = 0 - tak anjal sempurna 
  • Ed = infiniti - anjal sempurna
- Faktor Yang Mempengaruhi Keanjalan Penawaran
  • Input pengganti 
  • Jangka masa 
  • Tambahan kos
  • Bekalan input




Friday 13 July 2012

Mikroskonomi Bab 2 ( Permintaan dan Penawaran )

PERMINTAAN


- Definisi

  • Permintaan boleh didefinisikan sebagai keiinginan seorang individu terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan disertakan dengan kemampuan dan kesanggupan untuk membayar pada suatu tingkat harga dan jangka masa tertentu.
- Hukum

  • P naik Q turun
  • P turun Q naik
- Persamaan

  • Qd = a - bp
- Punca Hubungan Negatif

  • Kesan pendapatan benar 
  • Kesan penggantian
- Permintaan Pasaran

  • Keiinginan semua individu terhadap barang dan perkhidmatan disertakan dengan kesanggupan dan kemampuan untuk membayar pada suatu tingkat harga dan jangka masa tertentu.
- Perbezaan Permintaan Dan Permintaan Pasaran

  • Keanjalan 
  • Jumlah pengguna 
  • Jumlah permintaan
  • Faktor-faktor mempengaruhi
- Contoh Keluk Permintaan Dengan Permintaan Pasaran






- Faktor Yang Mempengaruhi Permintaan
  • Harga barang itu
  • Harga barang lain
  • jangka masa
  • Cuaca
  • Jumlah penduduk 
  • Kemajuan teknologi 
PENAWARAN

- Definisi
  • Kesanggupan dan kemampuan sesebuah firma untuk mengeluarkan suatu barang pada suatu tingkat harga dan jangka masa tertentu
- Hukum
  • P naik Q naik
  • P turun Q turun
- Persamaan
  • Qs = m + np
- Penawaran pasaran
  • Kesanggupan semua firma untuk mengeluarkan suatu barang pada suatu tingkat harga dan jangka masa tertentu.
- Perbezaan Penawaran Dan Penawaran Pasaran
  • Keanjalan 
  • Jumlah pengeluar
  • Proses pembentukan 
  • Faktor-faktor yang mempengaruhi
- Contoh Keluk Penawaran Dan Penawaran Pasaran



- Faktor Yang Mempengarruhi Penawaran Dan Penawaran Pasaran
  • Harga barang itu 
  • Harga barang lain
  • Jangka masa 
  • Cuaca / musim
  • Penduduk
  • Perubahan teknologi
KESEIMBANGAN PASARAN

- Definisi
  • Keseimbangan tercapai apabila keluk permintaan bersilang dengan keluk penawaran pada suatu tingkat harga dan jangka masa tertentu.

- Contoh Keluk Keseimbangan Pasaran



- Perubahan Keseimbangan 
  • Perubahan DD
  • Perubahan SS
  • Perubahan DD dan SS




Thursday 12 July 2012

Makroekonomi : Bab 1 ( Pengenalan)

Definisi Ilmu Ekonomi

  • Ekonomi mengkaji bagaimana manusia mengagihkan barang-barang yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.
Sumber Ekonomi

  • Buruh - orang yang menyumbang tenaga dalam penghasilan barang dan dapat upah
  • Tanah - sumber semula jadi yang digunakan dalam penghasilan barang dan dapat sewa
  • Modal- sumber atau alat yang digunakan untuk menghasilkan barang dan dapat faedah
  • usahawan- orang yg menggabungkan faktor pengeluran untuk menghasilkan barang dan dapat untung
Kehendak Manusia

  • Kehendak ialah keinginan manusia terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan yang dapat memberi kehidupan yang lebih selesa kepada mereka seperti kereta mewah dan rumah mewah.
  • Kehendak manusia berubah-ubah ( ikut persekitaran )
  • Kehendak manusia tidak sama ( ikut jantina, umur dan bangsa)
Pengelasan Barang

  • Barang Percuma 
  • Barang Awam
  • Barang Ekonomi 
  • Barang Perantaraan 
  • Barang Modal
  • Barang Persendirian 
  • Barang Pengguna
Masalah Ekonomi

  • Kekurangan - samada kekurangan wang, faktor- faktor pengeluaran dan sumber negara
  • Pilihan          - Barang, keluaran dan projek yang terbaik
  • Kos Lepas   - Barang, keluaran, dan projek yang terbaik yg terpaksa dilepaskan utk dpt brg terbaik
Masalah Asas Ekonomi 

  • Apa dan Berapa yang hendak dikeluarkan - ( jenis barang dan kuantiti barang yang hendak dikeluar )
  • Bagaimana hendak dikeluarkan - ( intensif buruh atau intensif modal )
  • Untuk siapa dikeluarkan - ( berdasarkan corak agihan pendapatan )
Keluk Kemungkinan Pengeluaran

  • Satu keluk yang menunjukkan kuantiti maksimum dua jenis barang yang dikeluarkan oleh ekonomi apabila semua input telah digunakan dengan cekap 
Andaian KKP

  • Ekonomi mengeluarkan dua jenis barang sahaja
  • Keadaan ekonomi berada dalam keadaan guna tenaga penuh
  • Semua input telah digunakan dengan cekap
  • Tahap kemajuan teknologi adalah tetap
Kos Lepas Malar

  • Barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan dengan jumlah yang sama bagi setiap tambahan satu unit barang lain yang hendak dikeluarkan.
CTH Keluk KKP Malar



Kos Lepas Meningkat
  • Barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan dengan jumlah yang semakin meningkat bagi setiap tambahan satu unit barang lain yang hendak dikeluarkan.
CTH Keluk KKP Meningkat


Sistem Ekonomi 
  1. Ekonomi Pasaran Bebas
  2. Ekonomi Perancangan Pusat
  3. Ekonomi Campuran 
  4. Ekonomi Islam
Pasaran Bebas
  • Dimiliki oleh pihak swasta
  • Motifnya adalah untuk mencapai keuntungan yang maksimum
  • Harga ditentukan oleh mekanisma harga 
  • Segala keputusan dibuat oleh pihak firma dan pengeluar
  • Ada persaingan antara pengeluar
  • Tiada campur tangan kerajaan
  • Cth : Amerika Syarikat
Perancangan Pusat
  • Dimiliki oleh pihak kerajaan 
  • Motifnya adalah untuk menjamin kebajikan masyarakat
  • Harga ditentukan oleh kerajaan
  • Segala keputusan dibuat oleh kerajaan
  • Tidak wujud persaingan 
  • Cth : Korea Utara
Campuran
  • Dimiliki oleh pihak kerajaan dan swasta
  • Motifnya adalah untuk mencapai keuntungan dan kebajikan masyarakat yang maksimum
  • Harga bgi barang kerajaan ditentukan oleh kerajaan dan barang swasta ditentukan oleh pihak swasta
  • Keputusan dibuat oleh pihak kerajaan dan swasta
  • Wujud persaingan bagi barang swasta sahaja
  • Cth : Malaysia
Islam
  • Sumber hak milik Allah S.W.T
  • Motif adalah untuk mendapat keredhaan daripada Allah
  • Harga ditentukan oleh mekanisma harga
  • Keputusan dibuat oleh firma dan pengeluar bagi barang yang halal
  • Wujud persaingan yang sihat dan sah disisi islam
  • Cth : Arab Saudi